Skip to content

Recent Posts

  • BrioHR: The All-in-One HR Management Software
  • Expected Inflation Ranges From 3% to 3.5%
  • Principles of Managerial Finance (14th edition) – Lawrence J. Gitman and Chad J. Zutter
  • Menu Rahmah: Satu Inisiatif Untuk Meringankan Kos Sara Hidup
  • Waking the Dead: A Gripping Exploration of Justice and Redemption

Most Used Categories

  • K-Pop Lyrics (37)
  • Books (20)
  • Featured (16)
  • Drama (14)
  • Hotels (12)
  • Software (12)
  • SEO Malaysia (9)
  • Blogging (8)
  • Article (8)
  • Lain-Lain (7)
Skip to content

Ulat Buku

About Books, Movies, Drama, K-Pop, Famous Quotes

Subscribe
  • Home
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Books
  • Drama
  • Software
  • K-Pop Lyrics
  • Hotels In KK
  • Famous Quotes
  • Games
Top 10 Most Beautiful K-Pop Idols
  • Home
  • Lain-Lain
  • Apa Itu Kad Hijau CIDB?

Apa Itu Kad Hijau CIDB?

Ulat BukuJanuary 4, 2017March 31, 2023

Berdasarkan lapuran akhbar Borneo Post Online, Construction Industry Development Board (CIDB) sedang menguatkuasakan peruntukkan di bawah Akta CIDB terhadap pemaju-pemaju atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan pekerja binaan di tapak binaan yang tidak mempunyai kad hijau.

Persoalannya:

  • Apakah itu Kad Hijau CIDB?

  • Apakah kepentingannya?

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

Bagi mereka yang biasa ke tapak binaan tentulah tahu apa itu kad hijau CIDB ini. Selain dari memberikan sedikit latar belakang kepada pekerja binaan tersebut, kad ini juga mengesahkan bahawa pekerja telah menjalani induksi atau latihan yang disyaratkan oleh CIDB bagi semua pekerja binaan.

Kad hijau juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain yang dinamakan dalam kad.

Apakah Latihan Yang DiBeri?

Latihan yang diberi adalah lebih kepada isu keselamatan (safety) di tapak binaan. Ini penting kerana bahaya atau resiko yang amat tinggi di tempat ini. Latihan ini diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan serta menerapkan amalan-amalan selamat yang wajar dipraktikan.

Dua ciri isu penting yang sering ditekankan dalam latihan adalah UA dan UC. UA adalah ‘unsafe act‘ atau perbuatan kurang selamat. Manakala UC pula merujuk kepada ‘unsafe condition‘ atau kondisi kurang selamat.

utamakan keselamatan

Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk mengelakkan UA seperti tidak memakai Personal Protection Equipment (PPE) dan majikan pula memastikan kondisi/keadaan ditapak bina jauh dari UC. Untuk memastikan ini berjalan lancar, Pegawai Keselamatan (Safety Officer) digajikan bagi memantau hal ini.

Dalam latihan juga, para personnel binaan diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan dan apakah prosedur yang perlu dilaksanakan bila berlaku kecemasan atau kemalangan.

Siapakah yang memberikan latihan?

Latihan dikendalikan oleh konsultan/jurulatih berpengalaman dalam bidang ini. Ia menerusi pusat latihan yang diiktiraf oleh CIDB. Latihan ini biasanya mengambil masa satu hari sahaja. Caj bayaran RM70 dikenakan untuk warganegara Malaysia untuk kos latihan, pemprosesan kad dan pengeluaran kad. Kad Hijau CIDB bagi warga negara Malaysia sah untuk tempoh 2 tahun.

Bezakan juga latihan ini dengan latihan bagi mendapatkan akreditasi dari CIDB.

Akreditasi atas peringkat ke dua yang mana ujian yang dibuat terhadap pekerja binaan yang mahir samada mereka boleh melaksanakan fungsi mereka di tapak binaan. Contohnya: Seorang operator crane perlu diakreditasikan bagi memastikan dia mampu mengendalikan crane dengan selamat.

Perlindungan Insuran Menerusi Kad Hijau.

Antara faedah tambahan memiliki kad hijau ini termasuklah perlindungan insuran takaful. Perlindungan ini meliputi faedah kematian dan permanent disability.

Kuatkuasa Undang-Undang

Berkuatkuasa 1hb Jun 2015, semua pekerja yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan adalah diwajibkan untuk berdaftar sebagai Personel Binaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 33, Akta 520.

Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapakbina atau kerja-kerja mahir yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga Akta 520 wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 33A, akta yang sama.

Di bawah Seksyen 33(1) akta yang sama, kesalahan berada di atapak binaan tanpa Kad Hijau ini akan membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000.

Oleh itu, jika anda pemaju atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran, pastikan isu ini diambil berat oleh anda. Pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Bertindak sebelum terlambat.

Malaysiana

Post navigation

Previous: AdSense Theme MyThemeShop
Next: DOWNLOAD – E-Book Google AdSense Percuma / Gratis

Related Posts

show me the money

Show Me the Money

February 3, 2017April 5, 2023 Ulat Buku
pokemon go gym

Pokémon GO: Tips Dan Panduan Gym Battles

February 1, 2017December 29, 2022 Ulat Buku
pelacuran

Pelacuran Di Kota Kinabalu Sabah

February 1, 2017December 29, 2022 Ulat Buku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selected Posts For Readers

  • Iconic K-popTop 10 Most Iconic K-Pop Songs of All Time
    K-pop, or Korean pop music, has taken the world by […]
  • Credit cardsUnlocking the Power of Credit: How to Make Your Credit Card Work for You
    Credit cards have become an essential financial tool […]
  • Timex JobsTimex Jobs: The Easy Way to Make Money from Home
    Are you tired of working long hours for a meager […]
  • Maximizing Revenue with BidVertiser: A Guide for Publishers
    BidVertiser is an online advertising platform that […]
  • Most Beautiful K-Pop IdolsTop 10 Most Beautiful K-Pop Idols
    K-pop has taken the world by storm, captivating […]

Book Worms

  • A Town Like AliceA Town Like Alice – Nevil Shute
    A Town Like Alice is a novel written by Nevil Shute, […]
  • The Rice Mother - Rani ManickaThe Rice Mother – Rani Manicka
    “The Rice Mother” by Rani Manicka is a […]
  • The Malay DilemmaThe Malay Dilemma – Dr Mahathir Mohamad
    The Malay Dilemma is a book written by Dr Mahathir […]

K-Pop Easy Lyrics

  • 1TXT[K-Pop Easy Lyrics] LOSER=LOVER – TXT
     Loser=Lover (LO$ER=LO♡ER) is a song made popular by […]
  • As If It's Your Last[K-Pop Easy Lyrics] As If It’s Your Last – BLACKPINK
     As If It’s Your Last is a song by the South […]
  • hold on tight[K-Pop Easy Lyrics] Hold On Tight – Aespa
     ‘Hold on Tight‘ is Aespa‘s latest […]
Theme: BlockWP by Candid Themes.