Skip to content

Recent Posts

  • BrioHR: The All-in-One HR Management Software
  • Expected Inflation Ranges From 3% to 3.5%
  • Principles of Managerial Finance (14th edition) – Lawrence J. Gitman and Chad J. Zutter
  • Menu Rahmah: Satu Inisiatif Untuk Meringankan Kos Sara Hidup
  • Waking the Dead: A Gripping Exploration of Justice and Redemption

Most Used Categories

  • K-Pop Lyrics (37)
  • Books (20)
  • Featured (16)
  • Drama (14)
  • Hotels (12)
  • Software (12)
  • SEO Malaysia (9)
  • Blogging (8)
  • Article (8)
  • Lain-Lain (7)
Skip to content

Ulat Buku

About Books, Movies, Drama, K-Pop, Famous Quotes

Subscribe
  • Home
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Books
  • Drama
  • Software
  • K-Pop Lyrics
  • Hotels In KK
  • Famous Quotes
  • Games
Top 10 Most Beautiful K-Pop Idols
  • Home
  • SEO Malaysia
  • Cara Install SSL Dan HTTPS Di Blog

Cara Install SSL Dan HTTPS Di Blog

Ulat BukuJuly 20, 2016March 31, 2023

https

Memasang atau install sijil SSL dan menggunakan https (Hypertext Transport Protocol Secure) di blog adalah suatu isu yang sering diperbincangkan terutama bagi blogger-blogger yang perihatin dengan isu yang teknikal pada blog.

Mengapa Perlu Guna SSL dan HTTPS?

Ada banyak sebab, namun tiga potensi ataupun faedah utama dalam penggunaan sijil keselamatan ini di blog anda adalah:

  1. SEO
  2. Keselamatan
  3. Trafik

SEO

Dalam blog rasmi Google, Google telah membuat pengumuman yang https diambil kira dalam ranking enjin carian mereka. Oleh itu, ramai yang dengan segera bertukar ke https.

https

Kajian oleh laman web CloudTech mendapati ada kenaikan dari segi trafik dan ranking mereka. Cuma ia berlaku secara beransur-ansur dan bukannya dengan drastik.

Jika anda amat teknikal dan menitikberatkan soal search engine optimization atau SEO, maka gunalah https ok.

Keselamatan

Ia sebenarnya berikan lebih keselamatan kepada pengguna blog anda. Terutamanya apabila pengguna blog memberikan informasi peribadi mereka di blog anda. Ini kerana terdapat lebih lapisan (layer) keselamatan pada protokol https berbanding http.

Anda boleh google dan cari makumat ini ya. Artikel kita adalah berkenaan isu pemasangan sahaja.

Untuk makluman SSL adalah protokol yang https gunakan. Amnya, anda perlu instal atau pasang sijil SSL sebelum anda boleh gunakan https.

Trafik

Ia berkait rapat dengan dua perkara di atas. Ranking yang baik akan menaikkan trafik blog anda. Manakala laman yang selamat akan mengelakkan browser seperti Chrome dan Firefox mengeluarkan amaran keselamatan kepada pengguna menyebabkan mereka meninggalkan blog anda.

Mendapatkan SSL

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan SSL samada secara membelinya atau secara percuma. Namun, pakar-pakar seperti Neil Patel dari Quick Sprout menyarankan blogger/pemilik laman web agar jangan terlalu ‘stingy‘ dan membelinya terus dari syarikat hosting yang anda gunakan.

Ini mengelakkan anda terpaksa berhadapan dengan isu-isu bersifat teknikal yang memerlukan bantuan mereka.

SSL dari ServerFreak

Jika anda menggunakan ServerFreak, anda akan dapati bahawa SSL adalah diberikan secara percuma untuk pelan-pelan hosting tertentu. Semak pelan anda dan jika perlu upgrade ke pelan yang sesuai.

Rujuk pelan di bawah:

unlimited ssl

Memasang Sijil SSL

Untuk memasang SSL certificate, anda perlu login ke CPanel dan cari bahagian ‘Security’. Kemudian klik pada ‘Let’s Encrypt for cPanel‘. Berikan tumpuan pada logo di bawah. Lain Cpanel akan menggunakan nama yang lain pula.

encrypt for cpanel

Pilih domain yang anda mahu pasangkan certificate ini. Klik yang ada www dan yang tiada dan kemudian klik ‘Issue Multiple‘ untuk lebih segera. Gunakan ‘Issue Single‘ jika anda mahu buat satu persatu.

issue multiple

Install SSL

Anda akan berjumpa dengan laman ini:

install certificate ssl

Klik ‘Issue‘

Ok. Selesai sudah satu bahagian. Jika ada masalah, klik ‘Reinstall‘. Senang kan?

Memasang Https

Bila sudah ada SSL baru lah anda boleh pasang https di blog anda. Jika blog anda guna WordPress, maka log-in ke dalam dashboard atau edit fail .htaccess file anda.

Https Di Blog Baru

Tak perlu edit fail .htaccess file anda. Anda cuma perlu ke bahagian Settings » General dan kemaskini URL anda ke https:

setting

Https Di Blog Yang Sudah Lama Dan Punyai Isi

Anda perlu re-direct semua URL dari http ke https. Buka fail .htaccess dan tambahkan kod berikut:

  1. <IfModule mod_rewrite.c>
  2. RewriteEngine On
  3. RewriteCond %{SERVER_PORT} 80
  4. RewriteRule ^(.*)$ https://www.yoursite.com/$1 [R,L]
  5. </IfModule>

Alternatifnya gunakan plugin Easy HTTPS (SSL) Redirection.

Untuk multi-site, sila baca arahan lanjut di forum/blog WordPress.

Untuk blog lama yang gunakan thumbnail untuk Featured Post di blog anda, anda mungkin perlu juga edit di bahagian media. Tambahkan https untuk alamat dimana media anda di simpan.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan selamat beralih dari http ke https.

Panduan, SEO

Post navigation

Previous: On Page SEO Tidak Penting Lagi?
Next: Buku SEO Dari SEO Book

Related Posts

Analisa SEO

Pakar SEO Malaysia

December 8, 2016March 31, 2023 Ulat Buku
google-penguin-seo

Google Penguin Update September 2016

September 29, 2016March 31, 2023 Ulat Buku
kata-kunci-sasaran

SEO Dan Sasaran Kata Kunci

September 8, 2016March 31, 2023 Ulat Buku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selected Posts For Readers

  • Maximizing Revenue with BidVertiser: A Guide for Publishers
    BidVertiser is an online advertising platform that […]
  • Most view kpop videos youtubeTop 10 Most Viewed Music Videos By Korean Artists On YouTube
    Korean music, also known as K-pop, has become a global […]
  • Timex JobsTimex Jobs: The Easy Way to Make Money from Home
    Are you tired of working long hours for a meager […]
  • Most Beautiful K-Pop IdolsTop 10 Most Beautiful K-Pop Idols
    K-pop has taken the world by storm, captivating […]
  • Iconic K-popTop 10 Most Iconic K-Pop Songs of All Time
    K-pop, or Korean pop music, has taken the world by […]

Book Worms

  • The Glass Palace - Amitav GhoshThe Glass Palace – Amitav Ghosh
    The Glass Palace is a novel written by Indian author […]
  • A First Look at the Malaysian Legal SystemA First Look at the Malaysian Legal System – Wan Arfah Hamzah
    A First Look at the Malaysian Legal System by Wan […]
  • A Town Like AliceA Town Like Alice – Nevil Shute
    A Town Like Alice is a novel written by Nevil Shute, […]

K-Pop Easy Lyrics

  • Pink Venom Blackpink[K-Pop Easy Lyrics] Pink Venom – Blackpink
     “Pink Venom” is a song recorded by […]
  • Mirotic – TVXQ[K-Pop Easy Lyrics] Mirotic – TVXQ
     ‘Mirotic‘ is a Korean pop song released […]
  • As If It's Your Last[K-Pop Easy Lyrics] As If It’s Your Last – BLACKPINK
     As If It’s Your Last is a song by the South […]
Theme: BlockWP by Candid Themes.