Video di atas menampilkan sifu SEO No.1 iaitu Brian Dean dari Backlinko. Brian bercakap mengenai faktor-faktor SEO yang diperlu titikberatkan oleh pemilik laman web dalam mendapat ranking yang baik dalam SERP.
Jika ada kesempatan, silalah tonton sehigga habis.
Backlinks
Ringkasnya, Brian mengesahkan faktor utama seperti backlink dari blog berauthoriti tinggi masih penting dalam SEO hari ini. Namun, jumlah tidak memainkan peranan malah boleh menjejaskan SEO jika ia dari laman-laman spam dan bermutu rendah.
Kualiti isi blog/laman web amat penting. Artikel ciplak dan tidak menepati tajuk boleh menjejaskan rangking blog.
Pogo Sticking
Susunan dan cara penyampaian amat penting. Brian ada menyebut mengenai Pogo Sticking dan pentingnya reaksi pembaca bila tiba ke blog anda.
Faktor-faktor lain boleh didengar dalam video di atas.
Selain dari itu baca juga artikel: Panduan SEO Malaysia
Backlink adalah faktor yang sangat penting untuk meningkatkan autoriti domain. Terdapat dua jenis backlinks, iaitu dofollow dan nofollow backlink.