Baru-baru ada seorang rakan bercerita tentang pembantu rumah (maid) majikannya yang ditahan oleh pihak Immigresen Filipina ketika mahu pulang ke Malaysia. Pembantu rumah tersebut bercuti di negara asalnya dan setelah tamat cuti dia pun menyediakan semua dokumen yang diberikan oleh majikan untuk tujuan pulang ke Malaysia.
Namun, majikan dan pekerja tidak menyedari yang kontrak kerja telah tamat dan tidak diperbahrui. Ini menyebabkan dia kandas dan tidak dapat kembali ke Malaysia. Pihak Imigresen Filipina kini meminta majikan menghantar kontrak baru dan kontrak asal (ketika dia mula-mula masuk ke Malaysia) untuk semakan mereka.
Kisah di atas menunjukkan betapa kerajaan Filipina kini lebih tegas dalam memastikan rakyatnya dilindungi dari diekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ekpolitasi ini termasuklah dari segi seksual dan perhambaan tanpa had.
Eksploitasi Dan Pemerdagangan Manusia
Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2011, Malaysia adalah antara destinasi utama yang disenaraikan bagi kes-kes ekploitasi dan pemerdagangan manusia. Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal.
Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar.
Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.
Industri Seks Dan Pelacuran Di Kota Kinabalu Sabah
Adalah sesuatu yang memalukan untuk diakui, namun industri seks dan pelacuran berkembang dengan luas di bandar ini dan seluruh pelusuk negeri Sabah. Terdapat banyak pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang digunakan sebagai topeng bagi perniagaan sebegini.
Ada juga yang menggunakan hotel-hotel dan apartment sebagaimana yang lapurkan di bawah:
Memandang gadis-gadis Filipina lebih dekat dengan Sabah dan mudah dibawa masuk, maka mereka lebih terdedah kepada eksploitasi sebegini. Kebanyakkan nya dijanjikan kerja-kerja sebagai pelayan dan pembantu pejabat, akan tetapi bila tiba di Malaysia, kerja-kerja tersebut dikatakan telah pun diisi. Sindikit ini kemudiannya pura-pura menuntut hutang kos tambang ke Malaysia dan tempat tinggal. Kegagalan membayar menyebabkan gadis-gadis terpaksa menjadi pelacur di Kota Kinabalu.
Memandangkan tips yang didapati agak kecil, maka agak sukar mereka melunaskan hutang dan oleh itu terpaksa tinggal lama dan melacur serta akhirnya menjadi pendatang tanpa izin (PTI) bila pass mereka tamat. Ini menambahkan lagi masaalah sosial di negeri ini.
Tempat-Tempat Panas
Tempat-tempat panas pelacuran di Kota Kinabalu dikatakan terletak di sekitar Kg Air, Penampang dan Inanam. Hotel-hotel digunakan oleh bapa-bapa ayam untuk berurusan dengan pelanggan. Biasanya menerusi contact mereka dengan agensi pelancongan. Ini kerana pelancong-pelancong biasanya mencari perkhidmatan sebegini dan pemandu pelancong hendaklah tahu mana hendak dicari para pelacur ini bagi memenuhi nafsu seks pelancong.
Ada bapa-bapa ayam yang lebih berani mengiklan servis di laman web dan WeChat. Setelah tempahan dibuat, bapa ayam akan memberitahu nama hotel dan nama bilik untuk pelanggan pergi melanggan. Bayar dulu sebelum guna. Caj berdasarkan pancutan. Sekali pancutan dalam sekitar RM200 ke atas.
Rumah-rumah urut, pub dan pusat rekreasi (gym) juga digunakan sebagai tempat menyimpan para pelacur ini. Jika ada kenalan yang tahu, mereka akan membawa anda ke tempat-tempat ini. Awas penyakit seperti AIDS dan sebagainya. Sendiri buat sendiri tanggung…
Mengekang Pelacuran Di Kota Kinabalu
Pihak berkuasa kini lebih peka dan mengambil tindakan dalam mengekang industri ini. Menaikkan had umur pekerja wanita dari luar negara (terutama dari China) untuk pas kerja di sini adalah satu inisiatif yang berkesan. Selain dari Filipina, China adalah negara sumber utama bagi industri ini di Malaysia.
Selain dari itu,serbuan-serbuan juga lebih kerap dilakukan oleh pihak Imigresen dan PDRM. Namun, ia banyak bergantung kepada maklumat dari pihak awam juga. Akan tetapi, oleh kerana rasuah dan kedegilan bapa-bapa ayam ini, maka ia bukan mudah untuk dibenteras sepenuhnya. Yang penting kita sebagai orang awam tidak melanggan pelacur-pelacur ini.
Kredit untuk kawan bernama Ah Seng (bukan nama sebenar) atas maklumat di atas.
Mencari dua wanita malam ini area kk