Penulisan santai hari ini yang tiada kena mengena dengan blogging dan SEO adalah berkisar dengan game Pokémon GO. Mengapa kami mahu menulis mengenai game ini? Sudah tentu ada sebabnya. 😀
Apa-apa pun sebagai seorang Pokémon GO trainer, elok juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sharing is caring…
Semua orang tahu game ini kan? Agak popular dan disukai ramai. Jika anda belum pernah main dan mahu mencubanya, anda boleh muat turun ke smartphone anda secara percuma dan install. Ada banyak panduan Pokémon GO di internet untuk anda pelajari.
Topik kita lebih tertumpu pada aktiviti yang paling menarik pada game ini iaitu Gym Battles atau pertarungan di Gym.
Gym Battles bermula bila anda mencapai Level 5. Klik pada Gym berdekatan dan anda akan diminta memilih 3 pasukan untuk anda sertai iaitu Mystic (Biru), Instinct (Kuning) dan Valor (Merah).
Di Gym anda bertarung bila memasuki gym team lawan dan training jika anda memasuki gym team yang sama. Anda boleh juga letakkan Pokemon anda di Gym team anda jika masih ada slot.
Maksima slot di Gym untuk masuk adalah 10. Jika kurang dari 10, anda boleh cuba untuk masuk dengan train/berlatih di Gym untuk menaikkan ‘Prestige/Level‘. Bila Level sudah naik, maka slot akan terbuka untuk anda masukkan Pokemon.
Tentu anda tertanya mengapa perlu anda susah payah bertarung di Gym? Bukankan rugi banyak masa untuk menangkap Pokemon?
Ramai yang menyertai Gym Battles atas sebab berikut:-
Lebih banyak Gym yang anda pertahankan lebih banyak Pokecoins dipungut yang membolehkan anda membeli alatan seperti Incense, Lure Modules atau Incubator di Pokeshops tanpa membazirkan wang anda.
Jika boleh cari Gym Level 3 dan ke atas dari team yang sama. Train dan naikkan Level Gym setinggi yang boleh. Jika mampu, naikkan sehingga Level 10. Masukkan Pokemon dengan CP tertinggi anda.
Cari Gym lain dan ulang strategi di atas.
Ia bagi memudahkan lebih ramai Pokemon trainer dari team yang sama meletakkan Pokemon mereka di Gym tersebut. Ini akan membantu anda mempertahankan Gym dari serangan team lain. Gym yang tinggi level jarang diserang musuh kerana ia mengambil masa untuk dimusnahkan.
Ini bagi memastikan Pokemon anda berada dalam ranking teratas di Gym. Lebih tinggi CP, maka lebih tinggi ranking. Lebih tinggi ranking, maka lebih rendah kebarangkalian ditendang kelaur dari Gym kerana Pokemon yang ranking teratas adalah yang terakhir berlawan di Gym.
Bila bertarung, pastikan anda dodge (mengelak) dari serangan utama (special attack) Pokemon yang anda lawan. Serangan seperti Hyper Beam, Dragon Pulse, Earthquake dan Solar Beam boleh memberi kesan yang buruk pada Pokemon kita. Maka, cuba elak dan gunakan Pokemon yang sesuai bila bertarung.
Serang balas dengan special attack kita bila ada peluang.
Anda tidak perlu pilih Pokemon dengan CP tertinggi bila bertarung. Malah, lebih baik jika CP nya rendah kerana ia akan memberi XP yang lebih besar bila anda menang pertarungan. Guna Pokemon yang sesuai. Contoh: Lapras akan menewaskan Dragonite, Velparon mampu menewaskan Snorlex dan Rydon. Manakala, Jolteon berkesan jika berlawan dengan Gyradus.
Ok. Itu sahaja tips Pokemon kali ini. Semoga ia dapat membantu anda semua dalam Gym Battle Pokemon Go. All the best…
Show Me the Money bila berurusan dalam hal-hal perniagaan dan pelaburan. Sebelum commit apa-apa, pastikan pelabur atau rakan niaga betul-betul ada wang untuk projek... Read More
Tempat-tempat panas pelacuran di Kota Kinabalu dikatakan terletak di sekitar Kg Air, Penampang dan Inanam. Hotel-hotel digunakan oleh bapa-bapa ayam ... Read More
Tindakan akan dikenakan terhadap syarikat pembinaan yang didapati menggajikan buruh asing tanpa kad hijau.... Read More
Kad hijau juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain... Read More
Tagal Tinopikon Park adalah antara tempat riadah di Kota Kinabalu yang menarik dan tidak membebankan kewangan anda... Read More