Agak klise kalau kami mulakan artikel ini dengan ayat-ayat seperti ‘Apakah itu SEO Malaysia‘ atau ‘Maksud SEO‘. Lagipun, akukami pasti anda semua dah tahu. Jika anda tidak tahu, maka nescaya anda tidak berminat hendak baca artikel mengenai panduan SEO.
Buang masa kan?
Apa-apa nawaitu anda semua ke sini adalah tetap sama iaitu hendak dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian. Anda mahukan panduan dan anda rasa kami boleh membantu.
Untuk mahir dalam Search Engine Optimization atau SEO ini adalah mudah.
Untuk laksanakan SEO itu yang amat payah. Mengapa? Ia perlukan pengorbanan dan kerja keras dari anda semua. Enjin carian utama seperti Google makin bijak dan bergeliga. Algoritmanya sentiasa dikemaskini dan diperbaiki agar ia tidak boleh diperdayakan dengan kandungan yang tiada kualiti dan tidak memuaskan hati pembaca.
Bila Google mula biarkan Hummingbird beroperasi, banyak blog/laman web spam yang merana. Oleh itu, belajar kerja keras dan hasilkan artikel yang bermutu dan membantu pembaca.
Kebijaksanaan Enjin Carian
Satu keunikan yang boleh dilihat dalam enjin carian Google yang terkini adalah betapa bijak ia membaca fikiran pembaca.
Cuba anda google ‘director of rogue one‘?
Apa yang anda dapat?
Yang di atas sekali adalah artikel mengenai Gareth Edwards. Siapa dia. Dia adalah pengarah filem Rogue One.
Dari memberikan anda semua senarai artikel-artikel dengan kata kunci ‘director of rogue one‘, Google kini lebih pandai dan memberikan anda jawapan kepada soalan dalam kata kunci yang anda gunakan.
Pandai dia…
Adakah ini bermakna penekanan kepada kata kunci tidak lagi relevan?
YA. Dan sudah lama pakar-pakar SEO merasakan yang keyword density adalah satu mitos dan kini ia semakin dibuktikan. Oleh itu, hentilah menggunakan teknik mengulang-ulang kata kunci dalam artikel kamu itu sebab ia tidak berguna lagi.
Jadi apa yang Enjin Carian Seperti Google Mahu?
Menurut guru kami, Brian Dean dari blog Backlinko, Google mahukan artikel yang mengupas sepenuhnya sesuatu isu dan memberikan jawapan terbaik kepada pembaca.
Oleh itu, tulis lah dengan panjang lebar. Purata panjang artikel dalam laman pertama Google adalah 1,800 perkataan. Oleh itu, jika mampu, jangan tulis kurang dari jumlah itu.
Dalam masa yang sama juga, jangan merepek dan tulis perkara-perkara yang tiada kaitan dengan artikel yang anda tulis.
Gunakan Hosting Dan Tema Blog Yang Sesuai
Faktor kelajuan, koding dan kestabilan blog adalah antara faktor-faktor utama yang dikenalpasti sebagai mempengaruhi kedudukan anda dalam ranking enjin carian. Blog yang lembab macam siput atau yang selalu ‘down‘ akan di anak tirikan.
Begitu juga blog yang kodingnya berserabut dan penuh dengan iklan-iklan menyemakkan.
Atas sebab itu pastikan yang anda:
- memilih syarikat syarikat hosting yang berkualiti dan dipercayai ramai seperti ServerFreak.
- menggunakan tema WordPress (WordPress Theme) yang premium/berkualiti tinggi.
- mengurangkan iklan-iklan di blog terutama yang iklan ‘pop up‘ di blog yang amat menjengkelkan.
- sentiasa melakukan penyelenggaraan terhadap blog dan memastikan ia berada dalam keadan ‘tip top‘.
Optimization
Optimization dalam bahasa mudah merujuk kepada kerja-kerja SEO yang perlu andaperlu lakukan bagi memuaskan enjin carian agar laman web/blog/artikel anda diletakkan dalam kedudukan yang baik. Ia hendaklah dilakukan secara on-page dan off-page.
- On page SEO – segala kerja/manipulasi yang dibuat di atas blog anda sendiri
- Off page – kerja-kerja yang dibuat diluar blog (Contoh: membina pautan (link) di laman-laman web berauthoriti tinggi).
Kepantasan Blog
Kepantasan blog adalah satu perkara yang sering di ambil remeh oleh blogger/pemilik laman web di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, kepantasan blog adalah faktor yang secara spesifik disebut oleh Google yang digunakan dalam penentuan ranking blog anda.
Jika blog mengambil masa untuk loading, maka bukan sahaja ia akan create ‘bounce rate‘ yang tinggi kerana pelawat meninggalkan laman web anda, akan tetapi akan mempengaruhi kedudukan laman web/blog dalam ranking enjin carian.
Kalau mampu gunalah Content Delivery Network (CDN). Jika tidak, pastikan anda guna tema blog yang sesuai dan kurangkan iklan/multimedia dan sebagainya yang memperlahankan blog.
Cuba kelajuan blog dengan GTmetrix:
Bagaimana dengan score anda? Boleh dapat “A” atau tidak?
Lihat juga rekomendasi yang diberikan oleh laman web GTmetrix dalam mempercepatkan blog anda dan memperbaikan kelemahan yang ada. Sesetengah isu boleh diselesaikan dengan menggunakan plugin yang sesuai.
Antaranya: Wordfence, WP Cache, Remove Query Strings From Static Resources dan lain-lain kali. Buat kajian lah. Takkan semuakami nak bagi 😀
Kata Kunci
Ingat jangan tabur sebarangan/semberano kata kunci yang kamu mahu gunakan. Macam kami cakap tadi, Google sekarang sudah bijak! Anda tak perlu ulang-ulang kata kunci dalam artikel kamu.
Gunakan perkataan yang sinonim dan bila menulis jangan keluar topik.
Namun, jangan lupa masukkan kata kunci tersebut dalam beberapa lokasi yang strategik. Antaranya:
- Tajuk artikel
- Perenggan pertama atau 150 perkataan pertama yang kamu gunakan.
- Tajuk kecil dan labelkan tag H2 dan H3 (Baca panduan untuk tagging sebegini).
Ingat sekali lagi, Google amat bijak. Jika guna kata kunci yang panjang seperti “Nasi Ayam Penyet“. Tak perlu lah masukkan dalam satu perkataan. Drop dia di sana sini pun ok. Misalnya dalam perenggan pertama, anda boleh tulis “Antara makanan yang menjadi kegemaran saya adalah Ayam Penyet yang dimakan dengan nasi“.
Permalinks
Masukkan juga kata kunci tersebut dalam permalinks. Jangan gunakan permalinks yang panjang. Jika anda gunakan WordPress, pastikan anda guna setting:
http://[Nama Blog]/sample-post/
Jika tajuk artikel anda panjang, edit permalinks agar pendek dengan masukkan kata kunci sahaja. Contohnya:
Tambahkan Pemanis Kepada Tajuk Artikel
Gunakan perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam carian bagi mewujudkan ‘long tail keyword‘ yang berkesan kepada artikel anda.
Antaranya: panduan, tips, terbaik, 2016, popular
Gunakan Multimedia
Google sukakan multimedia – gambar, video dan sebagainya. Oleh itu, pastikan anda masukkan sekurang-kurangnya satu gambar dalam artikel anda. Jika ada video, masukkan juga. Cuma pastikan blog anda mampu menanggung semua ini. Sesetengah blog itu (disebabkan faktor tema, hosting dan sebagainya) agak perlahan. Maka bila letakkan gambar/video, juga ingat lah kemampuan blog anda.
Jika ia membuatkan blog anda lambat – pun jadi masaalah juga.
Oleh itu – seimbangkan keperluan anda.
Optimize Image
Bila guna gambar pula, pastikan ia kena ‘optimized‘ juga. Gunakan plugin untuk kecilkan saiz gambar dan gunakan juga Alt Text untuk gambar anda.
Ada banyak plugin untuk membantu anda dalam hal ini. Ia boleh didapati secara percuma.
Tak perlu buang duit juga. Yang penting komitmen dan masa anda.
Gunakan Internal Link
Pautkan artikel anda dengan artikel-artikel lain yang berkaitan terutama yang berkualiti tinggi. Jika perlu gunakan Related Post plugin.
Gunakan tools yang ada untuk kenal pasti artikel-artikel anda yang berada di muka dua Google. Berikan sedikit jus kepada mereka dengan meletakkan pautan mereka di artikel lama anda yang punyai DA atau DR yang tinggi. Boleh rujuk juga artikel: The Best Way To Drive Traffic To Your Blog.
Lain-Lain Panduan SEO Malaysia
Ada banyak lagi yang boleh anda gunakan bagi memantapkan SEO di blog anda. Ada yang teramat teknikal. Ada juga yang perlu keluarkan belanja/pelaburan untuk melaksanakannya.
Namun, jika anda serius ingin blog yang mantap dan hebat di enjin carian, anda perlu lah menambah usaha anda.
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan…
Gunakan Tema Responsive
Tema yang mobile-friendly adalah satu kewajipan di masa kini. Ini terang-terang dinyatakan oleh Google. Jika anda tidak mahu laman web anda di anak tirikan oleh Google, maka pastikan syarat ini diikuti.
Panduan lengkapnya di sini: Mobile Friendly Website
Sebaiknya guna tema responsive yang premium dan berkualiti tinggi. Gunakan Thesis dan Genesis untuk kepuasan maksimum. 😀
Gunakan Setting Tempatan Di Google Webmaster
Jika anda submit blog anda pada Google Webmaster, pastikan anda set blog anda pada setting yang sesuai. Jika anda sasarkan pasaran tempatan, maka pada setting, sasarkan ke Malaysia.
Jangan lupa juga poskan sitemap anda di Google Webmaster Tool.
Baca juga mesej-mesej dan rekomendasi yang diberikan.
Https
Berpindah ke https. Ia satu lagi signal (penanda) yang Google gunakan untuk mengenalpasti blog-blog yang berkualiti dan selamat dilayari. Hal ini agak jelas kerana ia melibatkan isu keselamatan dan Google mahukan blog-blog dan laman web yang selamat dilayari oleh pengguna enjin carian mereka.
Pada bulan Ogos 2014, Google membuat penjelasan ini dalam Google Webmaster Blog:
Gunakan Social Share Button
Lebih kerap artikel anda dikongsi pembaca blog di media sosial turut membantu dari segi ranking anda dalam SERP. Maka, letakkan button social share untuk memudahkan pembaca anda membuat perkongsiaan ini.
Walaupun social signal bukan lah faktor langsung untuk rangking Google, ia ada memainkan peranan dalam mempengaruhi Google dalam menilai kualiti dan prestasi sesuatu blog itu. Kajian-kajian pakar-pakar SEO menunjukkan blog-blog/laman web yang punyai social signal mendapat prestasi yang lebih di enjin carian.
Pautan Di Blog Berauthoriti Tinggi
Ini bab yang paling sukar dibuat. Namun, jika artikel-artikel yang ditulis adalah amat menarik dan berkualiti tinggi, pasti ada peluang ia mendapat pautan dari blog-blog sebegini.
Gunakan tool seperti AhRefs untuk mengintai pesaing-pesaing anda dan lihat samada anda boleh mendapatkan pautan-pautan seperti mereka. Ingat, tidak semua pautan yang anda perlukan. Cari yang punyai nilai yang tiggi sahaja.
Rujuk pada Domain Authority (DR) dan URL Authority (UA) mereka.
Intai juga apa pesaing buat dengan pautan mereka. Kata kunci yang digunakan dan sebagainya. Cuba tiru dan atasi mereka.
Engagement
Blog komen ni kami tahu ramai yang tak suka. Penat mahu moderate and jawab soalan pembaca. Namun, sebaiknya cuba layan pembaca-pembaca anda. Engagement boleh membantu dari segi memberikan suasana yang segar (fresh) kepada artikel-artikel anda. Google pula suka kandungan yang segar.
Maka, layanlah pembaca-pembaca blog dan mudahkan mereka membuat komen.
Kesimpulan
Sama seperti kami terangkan tadi, ilmu SEO ini tidak lah susah mana untuk dipelajari. Cuma perlaksanaanya sahaja yang menjadi masaalah kepada banyak blogger terutama blogger Malaysia. Mungkin disebabkan blogger Malaysia lebih suka mencari pendapatan menerusi program affiliate dan jual beli barang. Ramai yang rasa ia kurang penting asalkan promosi yang power dilaksanakan.
Akan tetapi, jika blog anda mesra-seo, kan lebih mudah kerja-kerja anda itu? Trafik pun datang tanpa perlu dicari. Jimat masa dan jimat belanja dalam jangka masa panjang.
Untuk lebih jimat lagi, langganlah artikel-artikel blog ini. Percuma sahaja.
Terima kasih.
Tips yang hebat. Terima kasih banyk-banyak. Berguna buat yang baru belajar macam saya.
terima kasih tuan serba sedikit saya sudah faham tentang penggunaan seo.