“Show Me the Money” adalah ayat popular dari filem Jerry Maguire lakonan Tom Cruise dan Renée Zellweger. Filem ini dicalonkan untuk 5 anugerah dalam Academy Award termasuk “Best Picture“. Ia juga merupakan salah satu filem yang paling kami minati (all time favourite).
Terdapat beberapa ayat yang meninggalkan kesan dalam filem ini. Antaranya “You had me at ‘hello” oleh Renée Zellweger selepas pujukan romantik dari Tom Cruise, “Help me, help you” dan “You complete me” oleh Tom Cruise.
Dan paling ngetop sekali “Show Me the Money” yang diucapkan Cuba Gooding, Jr.
Filem Jerry Maguire dikeluarkan pada tahun 1996. Mungkin ramai anak-anak muda yang tidak tahu. Tapi digalakkan anda semua tonton cerita ini. Amat menarik sekali.
Dalam seharian, kita boleh gunakan ayat Show Me the Money bila berurusan dalam hal-hal perniagaan dan pelaburan. Sebelum commit apa-apa, pastikan pelabur atau rakan niaga betul-betul ada wang untuk projek tersebut. Bagitahu mereka show me the money dan bukan setakat janji kosong sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda masih berkerja dan pendapatan yang tetap.