Skip to content

Recent Posts

  • BrioHR: The All-in-One HR Management Software
  • Expected Inflation Ranges From 3% to 3.5%
  • Principles of Managerial Finance (14th edition) – Lawrence J. Gitman and Chad J. Zutter
  • Menu Rahmah: Satu Inisiatif Untuk Meringankan Kos Sara Hidup
  • Waking the Dead: A Gripping Exploration of Justice and Redemption

Most Used Categories

  • K-Pop Lyrics (37)
  • Books (20)
  • Featured (16)
  • Drama (14)
  • Hotels (12)
  • Software (12)
  • SEO Malaysia (9)
  • Blogging (8)
  • Article (8)
  • Lain-Lain (7)
Skip to content

Ulat Buku

About Books, Movies, Drama, K-Pop, Famous Quotes

Subscribe
  • Home
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Books
  • Drama
  • Software
  • K-Pop Lyrics
  • Hotels In KK
  • Famous Quotes
  • Games
Top 10 Most Beautiful K-Pop Idols
  • Home
  • Lain-Lain
  • Tagal Tinopikon Park Penampang

Tagal Tinopikon Park Penampang

Ulat BukuAugust 8, 2016March 31, 2023

Tagal Tinopikon Park adalah antara tempat riadah di Kota Kinabalu yang menarik dan tidak membebankan kewangan anda. Terletak kira-kira 12km dari Pekan Donggongon Penampang, ia merupakan kawasan sungai yang cantik dengan udara yang menyegarkan.

Jika anda bercuti di Kota Kinabalu dan tinggal di hotel di tengah-tengah bandaraya, maka tempoh perjalanan menaiki kereta adalah kira-kira 30 minit sahaja.

Anda akan melalui Pekan Donggongon dan menuju ke arah Gunung Emas dan Tambunan. Ia terletak di tepi jalan raya dan tidak jauh dari dari Loji Rawatan Air Moyog. Pandu dengan perlahan agar tidak terlepas papan tanda ke tempat ini.

Tagal Tinopikon Park

Tinopikon Park

Jika anda dari Kota Kinabalu, maka papan tanda adalah disebelah kanan anda. Ia tertulis “Simpang Ke Tagal Taman Tinopikion Kg Notoruss“. Berhati-hati dan pandu dengan perlahan agar anda tidak terlepas papan tanda ini.

Masuk adalah percuma. Parkir agak terhad. Namun, tidak banyak pelawat ke tempat ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin suasana sungai agak biasa bagi kebanyakkan orang.

Aktiviti Di Taman Tinopikon

Bermain air sungai yang bersih adalah aktiviti utama. Begitu juga dengan melayan ikan-ikan jinak di sana. Namun, ianya tidak boleh ditangkap ya. Perkataan ‘tagal‘ merujuk kepada ‘dilarang menangkap ikan‘ atau ‘no fishing‘.

Boleh sentuh ikan tetapi sekali lagi diingatkan – jangan tangkap dan makan ikan di sana.

Pemandangan amat indah dan sesuai untuk sesi fotografi dan berkelah di tepi sungai. Mau mandi pun boleh.

Jambatan Gantung

Jambatan ini juga antara tarikan utama di sini kecuali buat mereka-mereka yang gayat. Kalau takut dengan ketinggian atau jambatan yang bergerak-gerak, maka tidak sesuai lah anda ke sini.

Tagal Tinopikon Park ini adalah sebahagian dari sungai Moyog dan di bawah pengawasan Jabatan Perikanan Malaysia. Ia merupakan kawasan yang dilindungi alam sekitar dan keindahnya, sekaligus menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar Kota Kinabalu.

Taman ini dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 1 petang dan dari 2.30 petang hingga 6 petang.

Kota Kinabalu

Post navigation

Previous: Buku SEO Dari SEO Book
Next: SEO Audit Oleh SE Ranking

Related Posts

show me the money

Show Me the Money

February 3, 2017April 5, 2023 Ulat Buku
pokemon go gym

Pokémon GO: Tips Dan Panduan Gym Battles

February 1, 2017December 29, 2022 Ulat Buku
pelacuran

Pelacuran Di Kota Kinabalu Sabah

February 1, 2017December 29, 2022 Ulat Buku

One thought on “Tagal Tinopikon Park Penampang”

  1. jas says:
    July 5, 2018 at 8:57 pm

    Boleh saya tempa untuk satu mlm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selected Posts For Readers

  • Timex JobsTimex Jobs: The Easy Way to Make Money from Home
    Are you tired of working long hours for a meager […]
  • Most view kpop videos youtubeTop 10 Most Viewed Music Videos By Korean Artists On YouTube
    Korean music, also known as K-pop, has become a global […]
  • Menu RahmahMenu Rahmah: Satu Inisiatif Untuk Meringankan Kos Sara Hidup
    Menu Rahmah adalah satu inisiatif yang dilancarkan […]
  • Credit cardsUnlocking the Power of Credit: How to Make Your Credit Card Work for You
    Credit cards have become an essential financial tool […]
  • Iconic K-popTop 10 Most Iconic K-Pop Songs of All Time
    K-pop, or Korean pop music, has taken the world by […]

Book Worms

  • Principles of Managerial FinancePrinciples of Managerial Finance (14th edition) – Lawrence J. Gitman and Chad J. Zutter
    Principles of Managerial Finance is a comprehensive […]
  • Ghost BrideThe Ghost Bride – Yangsze Choo
    The Ghost Bride by Yangsze Choo is a mesmerizing and […]
  • A First Look at the Malaysian Legal SystemA First Look at the Malaysian Legal System – Wan Arfah Hamzah
    A First Look at the Malaysian Legal System by Wan […]

K-Pop Easy Lyrics

  • Good Boy Teayang GD[K-Pop Easy Lyrics] Good Boy – GD x Taeyang
     “Good Boy” is a song by South Korean […]
  • savage aespa[K-Pop Easy Lyric] Savage – AESPA
     One of the best songs ever recorded by 4th […]
  • As If It's Your Last[K-Pop Easy Lyrics] As If It’s Your Last – BLACKPINK
     As If It’s Your Last is a song by the South […]
Theme: BlockWP by Candid Themes.