Salah satu syarikat hosting terkemuka dan terkenal di Malaysia adalah tidak lain dan tidak bukan – Exabytes Network Sdn. Bhd. Syarikat telah memberikan perkhidmatan mereka semenjak tahun 2001 lagi dan kini mempunyai lebih 75,000 pelanggan dan 100,000 laman web. Jika anda serious tentang perniagaan online anda dan mahukan kepuasan maksima, maka beralih lah ke Exabytes Network Sdn. Bhd. Anda pasti berpuas hati.
Servis Exabytes Network
Khidmat utama syarikat ini adalah menyediakan web hosting berbayar berkualiti tinggi merangkumi hosting peribadi dan perniagaan (e-commerce). Servis-servis lain termasuklah, pendaftaran/penyambungan nama domain, pengiklanan atas talian Google AdWords, pemasaran email dan lain-lain lagi.
Servis syarikat ini bolehlah dikira agak lengkap dengan pakej hosting meliputi VPS, Dedicated Server dan Content Delivery Network (CDN).
Anda boleh rujuk produk mereka dalam gambarajah di bawah:

Kelebihan Exabytes Network
Sebagai syarikat yang berpengalaman luas dan mempunyai infra yang bagus, syarikat ini mampu menawarkan servis yang berkualiti dengan uptime yang tinggi dan khidmat pelanggan yang diharapkan. Ini dua ciri yang sering dimahukan oleh pelanggan.
Selain dari itu harga yang ditawarkan juga tidak lah mahal dan berpadanan dengan servis yang diberikan.
Rating Dan Kesimpulan
Kami memberikan rating yang agak tinggi dengan markah 92% buat Exabytes Network. Dalam kata lain, kami memberi rekomendasi untuk anda berhijrah ke syarikat ini untuk apa sebab pun tidak kira bagi tujuan peribadi atau perniagaan.
Makluman lanjut mengenai syarikat ini, sila layari laman web mereka DI SINI.


