Sebab utama kami tergerak hati untuk menulis artikel Bagaimana Buat Duit Dengan Google AdSense? adalah kerana apabila kami membuat carian di Google kami terjumpa banyak blog-blog yang menulis mengenainya. Yang lemahnya bila kami klik untuk membaca artikel tersebut ia bukanlah artikel panduan buat duit dengan Google AdSense.
Sebaliknya lebih kepada promosi untuk menjual e-book Google Adsense.
Betul tak?
Ok lah tidak salah untuk menjadi affiliate marketer dan menjual e-book kepada pembaca blog. Namun, sebaiknya, penulis pun wajar membeli e-book tersebut terlebih dahulu dan mencuba keberkesanannya sebelum mempromosikan kepada pembaca.
Bagaimana saya tahu penulisnya pun tak beli?
Ini kerana tiada bahagian dalam artikel yang menyentuh isi kandungan e-book mahupun sedikit paparan dalam e-book tersebut.
Mengapa Anda Perlu Guna Google AdSense?
Sebagaimana yang kami sebut dalam artikel lalu, ini satu-satunya program yang membolehkan anda menjana pendapatan secara pasif tanpa menaburkan janji-janji manis kepada pembaca.
Ia juga melatih anda menjadi penulis yang baik kerana anda cuma perlu menumpukan perhatian kepada penulisan artikel berkualiti bagi mendapatkan hasil dari program ini.
Iklan-iklan yang keluar dari Google AdSense biasanya relevan kepada isi kandungan anda. Maka ia nampak ‘natural‘ dan tidak merendahkan imej blog anda.
Terma Dan Polisi Google AdSense
Bahagian Terma dan Polisi ini ramai yang tak mahu baca. Kena baca betul-betul ya. Atau sekurang-sekurangnya lihat ringkasannya di blog-blog tertentu seperti blog kami. 😀
Amnya syarat-syarat program ini adalah:
- Anda ada blog yang telah disahkan (approved) oleh program Google AdSense ini.
- Isi kandungan blog yang mematuhi polisi (tiada bahan lucah, bersangkut paut dengan perjudian, hacking, perkauman dan sebagainya)
- Perlu ada disclaimer dan privacy policy. (Gunakan online generator jika tidak tahu cara menulisnya)
- Tidak klik iklan AdSense di blog sendiri
- Meminta/Menggalakkan orang lain klik iklan AdSense di blog anda
- Menggunakan bahasa yang dibenarkan oleh Google Adsense
- Jangan mengubah kod Google Adsense anda.
- Tidak menyalahi undang-undang hakcipta (copyright).
- Jangan gunakan trafik berbayar yang melanggari TOS Google AdSense.
- Membuat iklan Adsense seolah-olah sebahagian dari isi kandungan blog anda.
- Jangan letak iklan di 404 page, log-in page, thank you page dan sebagainya.
- Jangan letak iklan di laman yang ada satu video atau gambar sahaja. Jika perlu isikan ayat-ayat dalam 200 hingga 300 patah perkataan.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Google AdSense untuk terma dan syarat.
Optimakan Blog/Laman Web
Bila syarat-syarat telah dipatuhi, maka langkah ke dua adalah mengoptimakan blog dan laman web anda agar mampu menjana pendapatan lumayan dari program ini. Oleh itu beri perhatian kepada 4 perkara:
- SEO
- Isi kandungan
- Reka bentuk Blog/Laman Web
- Kata kunci/keyword yang digunakan.
SEO atau Search Engine Optimization adalah penting bagi menjana trafik yang konsisten dan relevan dengan blog anda. Anda mahu yang melawat blog adalah mereka-mereka yang sedang mencari maklumat yang relevan dengan blog anda. Bila iklan pun relevan juga, maka keberangkalian untuk mereka klik adalah tinggi juga.
Isi kandungan hendaklah berkualiti dan membantu pembaca agar mereka tidak merasakan ia satu blog atau laman spam dan dengan segera meninggalkan laman anda. Pastikan anda menulis dengan menarik dengan artikel-artikel yang membantu pembaca.
Gunakan tema blog yang sesuai dengan iklan diletakkan di lokasi yang tinggi klik. Gunakan tema ‘premium‘ jika perlu agar lebih tinggi klik di blog anda.
Gunakan kata kunci yang ada banyak iklan. Jangan menulis sebarangan sahaja. Ia akan membuatkan anda penat dan hasil pula tidak seberapa. Buat keyword research sebelum menulis dan pilih kata kunci yang sesuai.
Insya-allah jika ada kelapangan kami akan menulis dengan lebih mendalam lagi.